Wednesday 24 August 2011

3 Teknik Mengorat Awek Yang Paling Berkesan

Masih ramai lelaki di luar sana yang belum ada kekasih. KBkat sini nak berkongsi 3 teknik mujarab yang pasti membolehkan anda tackle mana-mana awek yang anda suka. Tapi ingat, jangan salah gunakan ilmu ini. Sila bertanggungjawab atas tindakan anda tau.

1. Confident
Dalam bahasa melayunya kita panggil berkeyakinan tinggi. Confident adalah paling penting sekali bila kita nak mengorat mana-mana awek sekali pun. Perempuan memang suka pada lelaki yang confident. Kebanyakan lelaki yang tidak mempunyai awek adalah mereka yang berkeyakinan rendah dan mengharapkan perempuan untuk memulakan langkah. Come on! Itu takkan berlaku.

Sesekali tu kita asyik komplen kenapa awek ni boyfriend dia muka pecah? Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri bahawa sepecah mana pon muka seseorang tu, ada sesuatu yang hebat dalam diri dia yang menyebabkan dia mampu memiliki awek itu? Jawapan dia adalah confident!

Ikut je langkah pertama ini: Cari seorang awek yang anda memang dah jatuh hati. Telan air liur dan pergi tegur dia kemudian minta nama dan nombor fon. Gunakan ayat-ayat seperti ini:

"Saya nak pergi tengok sabtu ni, awak free untuk join saya?"
"Saya tahu restoran seafood yang paling sedap di kuala lumpur, boleh tak saya bawa awak sekali?"

Level keyakinan yang tinggi seperti ini membuatkan perempuan lebih terbuka, mudah menerima, dan merasa secure. Anda perlu memahami dan menerima konsep ini. Sekarang dalam fikiran anda adalah anda perlu berkeyakinan tinggi dan cool. Kalau anda masih belum bersedia untuk ini, lupakan langkah-langkah seterusnya.

Andai kata perempuan itu memberi respon negatif?
Jangan mudah melatah. Rejection adalah perkara biasa. Kali pertama memang pedih, tetapi sekali dah kena, anda anda semakin kuat dan semakin kebal menempuhinya. Teruskan berusaha, sekiranya dah tak berjaya, blah je. Kena cuba perempuan lain. Jangan takut kalau teman lelaki perempuan tu datang cari anda. Selalunya kalau perempuan tu dah ade boyfriend, dia akan beritahu awal-awal lagi so anda dah boleh chow waktu tu.

2. 30-second Rule
Anda ada masa 30 saat untuk memberikan impression menarik tentang diri anda kepada perempuan itu. Dalam 30 saat pertama selalunya perempuan itu akan membuat keputusan samada mahu melayan anda atau tidak. Gunakan tempoh ini sebaiknya! Berikan satu gambaran yang sangat menarik tentang diri anda.


3. Jadi Bad Boy
Selain dari kita ingin memiliki perempuan, perempuan juga ingin memiliki lelaki. Of course kita selalu lihat hanya lelaki yang hebat akan berdamping dengan perempuan hebat. Bad Boy di sini bukan bermaksud bad boy yang jerk atau loser. Ini istilah bad boy yang ala-ala Jai/Malik dalam KL Gengster.

Perempuan suka kalau kekasih dia adalah Bad Boy dan dia mampu untuk mengubahnya kepada Good Boy tetapi masih memiliki elemen-elemen Bad Boy seperti mampu menjaga dia dan memberi perlindungan. By the end of the day, perempuan sangat-sangat mahukan security daripada lelaki. Itulah modal yang paling best dalam perhubungan.

Ingatlah 3 perkara tersebut nescaya anda boleh memiliki mana-mana perempuan idaman anda. KB berharap bila anda dah dapat tu, sayangilah dia sepenuhnya ok!

No comments:

Post a Comment