Friday 26 August 2011

Cara Untuk Membuatkan Perempuan Mengajak Anda Keluar

Post ini khas untuk lelaki yang pemalu, pemalas ataupun loser. KB sentiasa nak tekankan bahawa apabila ianya isu 'dating' atau 'seks', lelaki harus mengambil peranan pertama iaitu memulakannya atau mengutarakannya. Suatu hari nanti korang akan faham.

Walaubagaimanapun, KB tak pernah nak sisihkan golongan yang tak mampu untuk berbuat sedemikian. Berikut adalah teknik macam mana untuk biarkan perempuan yang memulakannya:

Semuanya adalah mengenai impression! Good first impression!
  • Berpakaian kemas, segak, kacak, stylo. Rambut, janggut misai tu trim, jaga dan mestilah terurus. Memandangkan perempuan idaman anda boleh berada di mana-mana sahaja, pastikan anda memakai perfume, sedap mata memandang dan bersedia dengan senyuman. Penangan perfume ni sebenarnya lain macam tau, memang boleh menarik perhatian. Once dapat perhatian tu, lemparkan senyuman.
  • Bersedia dengan beberapa lawak jenaka sekiranya anda bukan jenis yang pandai mengayat. Sekiranya anda berjaya buat dia ketawa, harapan sangat cerah. Perempuan yang ketawa dengan jenaka anda adalah perempuan yang open kepada anda.
  • Relaks! Itu akan menunjukkan confident. Mungkin anda seseorang yang pemalu tapi sorokkan rasa malu itu di tempat lain, jangan biarkan perempuan melihatnya. Berlakon la sikit, berlagak cool dan tenang. Tapi awas, jangan pula sampai anda jadi sombong dan berlagak.
  • Buatkan perempuan itu tertarik, semua pada cara anda mengayat. Hint la dia sikit tentang kejayaan diri yang boleh dibanggakan (bukan berlagak), sekadar dia jadi kagum dan impress. Kalau anda bukan jenis yang berjaya dalam hidup, ceritakanlah tentang penglibatan anda dalam komuniti, kerja-karja amal yang pernah dilakukan atau apa-apa saja yang mungkin membuatkan dia tertarik. Kalau takde jugak, tipu je! Rekalah apa-apa cerita. Lebih bagus sekiranya cerita itu berkaitan dengan sesuatu yang diminati oleh perempuan tersebut. AWAS! Sekiranya anda menipu, pastikan perempuan tersebut tidak tahu langsung mengenai perkara itu, kalau tidak anda akan kelihatan bodoh. Hubungan yang suci mestilah berlandaskan kejujuran.
  • Berlagak seperti anda seseorang yang sentiasa mempunyai aktiviti yang gembira. Menjadi lumrah bahawa seseorang akan tertarik untuk mengikuti seseorang yang lain bila melakukan aktiviti yang happy dan enjoy. Apa-apa saja: bersukan, konsert, wayang, makan, kelab malam, jogging, memancing dsb. Biarkan perempuan yang approach anda kemudian anda libatkan dia dalam aktiviti tersebut.
KB berharap anda akan mendapat manfaat daripada info di atas. Selamat mencuba dan selamat berkasih sayang!

No comments:

Post a Comment